Adakah Coca‑Cola dan jenama-jenama produk di bawah The Coca‑Cola Company halal?
Kami dari Coca‑Cola komited dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan selamat untuk dinikmati oleh pengguna di seluruh dunia. Di Malaysia, semua produk yang dikilangkan oleh Coca‑Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. dihasilkan mengikut keperluan halal tempatan dan telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Keperluan Pensijilan halal mungkin berbeza mengikut negara, kami menggalakkan pengguna untuk menyemak logo halal pada pembungkusan produk bagi mendapatkan maklumat yang terkini.